Wednesday, July 6, 2011

wasiat LuQman al-Hakim kepada anaknya~~

1. Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
2. Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

3. Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

4. Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

5. Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

6. Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

7. Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

8. Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

9. Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

10. Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

11. Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

12. Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

13. Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

14. Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

15. Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

16. Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

17. Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

18. Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

Monday, July 4, 2011

Istimewa Orang yang bercinta~~

Cinta..
Semua pernah mengalami perasaan ini..ada pahit ada manis..cinta amat manis kalau berakhir dengan ikatan pernikahan yang sah..malah selepas itu, cinta akan terus berputik dan di semai sehingga akhir hayat...

dari mana sebenarnya cinta ini hadir??
dari mana datangnya cinta??

saya terpanggil untuk mencOret laman ini kerana saya tertarik dengan tinta penulis yang membuat luahan tentang istimewanya Orang bercinta~~

"Cinta manusia terhad dan ada kepentingan.

Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.

Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala
sunyi.

kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup.

Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya"


Dapat kita bayangkan pada saat ini..saya yakin semua pernah merasai nikmat bercinta..
masing2 pernah merasa dicinta & mencintai..
1 sOalan diajukan..

Adakah perasaan itu benar2 ikhlas??

Kebanyakan percintaan di akhiri dengan perpisahan..
pernahkah kita memOtivasikan diri, senyap lantas menganalisa segala perilaku yang telah dilakukan??

bila bercinta, kebanyakan terbuai dengan hawa nafsu..rindu,sayang & kasih..kerap kita membuat panggilan untuk yang tersayang apabila rindu..kerap kita berjumpa bila sudah lama tidak bersua..

sanggup berkOrban masa, wang ringgit semata2 kerana ingin memuaskan hati yang tersayang..sanggup berhabis dan menurut segala kehendak Org yang tersayang sebab takut merajuk..

anda bOleh bersabar dengan segala tingkah laku yang kurang enak..anda bersabar bila di marah..anda mengalah bila diri dipersalahkan..dan akhirnya, bila bertemu jalan buntu..
"KITA PUTUS!!!"
itulah kata penyudah..puas hati..padan muka!! rasakan!!!

Sahabat,
Kerap kita semasa kecil didendangkan dengan lagu ini...

" Satu, Satu...Saya Sayang Allah.....
Dua, Dua... Saya Sayang Rasul...
Tiga, tiga... Sayang ibu ayah...
Satu dua tiga, Sayang semua nya..."

Ada juga versi begini...

" Satu, satu... Saya Sayang Ibu...
Dua, Dua... Saya Sayang Ayah...
Tiga, Tiga... Sayang adik kakak...
satu dua tiga sayang semuanya..."

Sahabat,
apabila kita dewasa, lagu ini jarang kita nyanyikan..mungkin ada yang terlupa..
Jika kita amati bait2 lagu ini,ia amat memberi kesan & nasihat berguna kepada kita...
tidak dinyatakan langsung perkataan "kekasih" di dalam lagu ini..
kesimpulannya, kekasih,bukanlah Orang yang penting dalam hidup..

"mereka umpama buih di laut..bila Ombak memukul pantai, maka timbul buih2..apabila seruh, buih mulai hilang..maka datang lagi Ombak yang baru..buih yang baru tercipta..."

dapat kita akui..pada mulanya mendapat kekasih, hati mula riang...
kita lupa semua senarai Org paling penting di atas..
pada kita, kekasih paling utama..
kita mula memainkan peranan..kOnOnnya kita adalah orang yang paling mengambil berat terhadap diri mereka..
kOnOnnya kita adalah yang paling terbaik untuk mereka...
Layanan kita pada mereka jauh lebih sempurna..

Bila ada kekasih...
RM20 utk tOpup sehari habis x kisah..
cOntact 5x sehari, berjam2 lamanya tidak terasa
SMS berulang2 kali sehingga handphOne tak lekang dari tangan..
sehari x dengar suara bagai nak gila..
gelisah bila kekasih x jawap panggilan call..
risau bila kekasih pening2..

Bila ada kekasih...
kalau dulu hari2 telefOn mak ayah...tp skarang, bila tringat baru telefOn...
sms kalau dlu rajin tanya khabar..sabar bila mak ayah terkial2 taip satu2 perkataan..sabar baca msg yg tak ada tanda baca..tapi skarang, "apa khabar,semua" pOn tiada lagi..
kalau mak ayah x angkat panggilan, "xpela..lain kali la kOl~~"
kalau mak ayah sakit, "kenapa x pegi jumpa dOktOr???kan da mlarat da sakit uhh.."
[merusuh]

Di mana sebenarnya cinta sejati itu??

apabila putus hubungan, baru cari ibu ayah..baru mengadu pada Allah..walhal pada masa senang,kita masing2 lalai...

Sahabat,
taubatlah..saya menasihatkan sahabat & diri ini..mungkin dugaan ini kita hadapi kerana Dia nak kita sedar & kembali padaNya..
Cinta kena kembali pada yang asalnya..
kembali pada yang maha pencipta..

saya tertarik dengan kata2 ini..lantas menangis...

"Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa,
rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.

CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha
untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.

Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Namun allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.


Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya,
yang sombong dan memang tidak mahu langsung
mencintaiNya."


Kita perlu sedar sekarang..kita masih lagi diberikan peluang..
mungkin akan wujud cinta baru..
tapi kita perlu utamakan cinta padaNya..

bukan mudah untuk menyatakan cinta padaNya..
"Aku cinta Allah!!" itu mungkin mudah sahabat..
tapi, bagaimana perlakuan kita??

Jika kita mencintai manusia, kita akan lakukan apa sahaja kerana mereka..
sanggup berkOrban masa & tenaga...
begitulah juga cinta kepada Allah...
sanggup berkOrban untuk merebut cintaNya..

"Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya.
kalau terhadap orang yang dikasihi,
suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah
lebih-lebih lagi.
Malah sanggup pula bersusah payah
bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya.
Sedang orang lain seronok bergaul bebas

dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan
kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana
mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih
utama."

sahabat, renungkanlah~~

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah
kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.


Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan
mendapat balasan cintaNya,
seluruh isi langit dan bumi
akan turut mencintainya.

dia menjadi kekasih Allah
manakala orang yang mencintainya turut mendapat
kecintaan daripada allah pula.

Orang yang mendapat
kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.
di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.

Begitulah istimewanya orang yang bercinta
dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu.

Kita pasti tidak
mahu gagal dalam bercinta.

Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,
tuhan yang Maha Pencinta itu
dengan curahan cinta agung.

Pasti akan mendapat
balasan cinta yang istimewa dariNya.

Usahkan di
Akhira, di dunia lagi, terasa di hati balasan
cintaNya


" Sesungguhnya Allah mencintai Orang- Orang yang sabar.." - surah Ali 'Imran : 146