Wednesday, August 8, 2012

Zinnirah : Serikandi Sejati

Assalamualaikum...:)

Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nafas & umur untuk terus menjalankan tugas sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini..

Sempena bulan Ramadan ni, Syaza suka nak berkongsi cerita..agak lama mendiamkan diri oleh kerana kekangan kerja yang tidak menentu...

Syaza tertarik dengan nama "Zinnirah" ini... seringkali kita dengar melalui nasyid UNIC..tapi ada di antara kite yg masih tidak mengetahui lagi kisah sebenar ratu ini.. harapan Syaza, selepas kita hayati kisah ini, tidak dapat banyak, sikit pun boleh.. kita cuba jadikan ratu ini sebagai idol kita.. khususnya bagi kaum wanita~~

Zinnirah...
wanita ini langsung tidak terkenal pada zaman dahulu... seorang yang tiada rupa, tidak berharta malah hanya seOrang hamba sahaya.. Hamba kepada Umar al-Khattab (sebelum  keislamannya) ini sangat tinggi nilai aqidahnya... sehingga terpaksa beribadah secara bersembunyi agar tidak dihidu oleh tuannya... siapa yang tidak kenal kepada Umar sebelum keislamannya?? seorang yang garang, bengis, kejam, tidak berhati perut juga tidak berperikemanusiaan.. berbeza dengan Umar setelah memeluk Islam..beliau menjadi seorang yang penyabar, penyayang, malah menjadi sahabat nabi paling setia & termasuk dalam 4 khulafa' al-rashidin..subhanallah..semua ini bermula dari kisah Zinnirah...

berbalik semula pada kisah, segala perbuatan Zinnirah dapat dihidu oleh Umar. Lantas, Umar menampar, menendang, mengikat kedua tangan dan kaki Zinnirah lalu dijemur di tengah terik padang pasir...ditambah lagi dengan dihempap batu di atas badannya..siksaan x kira teriknya mentari, sedingin membeku pada waktu malamnya.. Namun, Zinnirah masi tersenyum.. "Allah... Allah... Allah... Allahu Akbar... Allahu Akbar..." sedikit pun tidak goyah...

" Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ".


paling mengharukan, dikemuncak penyiksaan hidupnya, matanya telah ditusuk dengan besi panas..menyebabkan dia buta..namun hatinya tidak pernah padam...  

" Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini"

kafir Quraisy mengatakan Zinnirah menerima pembalasan dari Latta & Uzza.. selepas penat menyiksa, Umar menghentikan siksaan kerana tegarnya hati ratu itu terhadap aqidah...

sesungguhnya Allah maha Mendengar.. Umar telah mendapat hidayah dari Allah melalui adiknya Fatimah.. lanjutan dari itu, dengan kuasa Allah, Zinnirah mampu melihat semula kemudian Abu Bakar as-Siddiq telah membelinya dengan harga yang tinggi demi menyelamatkannya..

Sahabat, 

Zinnirah telah diuji dengan dugaan yang paling hebat..yang mana kite sendiri tidak pernah alami... ujian yang kite lalui sekarang hanya di hujung jari..tidak sehebat ujian yang dilalui oleh serikandi ini.. kite mudah melatah, cepat mengalah, suka menyalahkan takdir, mengeluh.. semua tu tak elok, sahabat...

Ujian yang kite terima adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya.. Masalah yang kita alami & hadapi datangnya dari Allah.. Maka pada Allah kite rujuk kembali.. kite seharusnya & mestilah bersabar, tingkatkan amal ibadah & melakukan amal kebaikan.. Ingatlah Allah Hatikan Tenang..

belajarlah untuk memerangi nafsu... kerana itu merupakan jihad!! Zinnirah pernah bertanya kepada diri apabila nafsu menguasai diri..
" wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?"

lantas, segalanya terbatal & menjadikan jiwanya terpimpin..bebas dari cengkaman nafsu.. bukan mudah untuk berubah..kan? tapi kalau tak bermula, bila lagi? kita tak tahu di mana hujung nafas kita..

Sahabat,

Sempena 10 ramadan terakhir ini, ayuhlah kite berubah... Syaza mengajak diri Syaza dan sahabat2.. kerana dunia ini ibarat titisan air, akhirat itulah lautan yang terbentanAg luas... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang... Dia Maha Menerima Taubat hamba- hambanya.. Jadikan ketabahan Zinnirah sebagai semangat untuk kita.. 

Assalamualaikum... :)