Tuesday, June 11, 2013

Alhamdulillah..Dia Untukku...

Assalamualaikum...


Agak lama jugak tak update wall ni..akibat kekangan tugas dan perancangan peribadi yang elok tersusun & dipermudahkan perjalanannya oleh Yang Maha Esa.

PERUTUSAN RAJA SEHARI : SYAZANA NADZIRAH & AZIZI

Umpama mimpi..cerita cinta ini boleh dijadikan sebagai novel & karya cinta...hehehehe..(perasan lebih).. but Onestly, bila mereka dengar cerita cinta Syaza, automatically mereka cakap.."hOw sweet!!!"..."bestnye!!!"... "saye nak macam tu jugak!!".... Alhamdulillah.. Allah bagi Syaza apa yang sepatutnya Muslim lakukan..:)

sikit cerita tentang Syaza & Zizi...

Alhamdulillah..kami selamat diijabkabulkan sebagai suami & isteri pada 24 Mei 2013, jam 10.45 minit pagi Jumaat.. honestly rasa sangat berdebar.. Sungguh hanya Allah yang tahu saat tu..(semua akan rasa yang sama bila ada dalam majlis pernikahan)..tambah lg berdebar bila itulah kali pertama kita melihat pasangan dari dekat... Subhanallah... dengan sekali lafaz, Syaza telah menjadi isteri yang sah..

Cerita Kami Bermula di sini....


Dalam masa Syaza tidak berkawan dengan sesiapa..menahan telinga dengan sOalan2 saudara mara yang riuh bertanya bila akan kawen...Syaza x layan je...betul!! hati mana yang x sakit, sedih...dalam umur yg mencecah 25 tahun masih takde pasangan...

Bermula pada bulan 5, 2012...umur Syaza 24 tahun... Syaza attend a cOurse bersama Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) di ILIM... dalam slot bersama DMFK, beliau berkongsi dOa "PEMBUKA 12 PINTU" dengan peserta..sama ada yang telah berkahwin/belum.. beliau ada berkongsi pengalaman, yang bekeluarga dimurahkan rezeki..& yang bujang mendapat jodoh after 3 mOnths mengamalkan dOa tersebut...

Syaza mula amalkan dOa selepas tu... Alhamdulillah.. berjumpa dengan mak (ibu mertua) semasa dia berkursus di ILIM pada Jun 2012.. kemudian dia (mak) jumpa Syaza & nyatakan dia berkenan & nak masuk meminang... (ingatkan dia main2)..rentetan dr tu, jumpa dia kali kedua bersama abah (bapa mentua)..mse tula dia perkenalkan Syaza dgn abah...(x sangka abah sebenarnya Org besar dalam Jakim)..

September 2012 mereka datang khitbah... seingat Syaza 1hb...tp dorg datang berempat.. Mak, Abah, 2 orang adik ipar perempuan..:) Azizi xde mase uhh...then skali lagi dorang datang pada 28hb utk ikat pertunangan.. Syaza mase tu di ILIM..(demam).. Azizi x dtg... hanya Mak Abah, Ibu Ayah yang ada..xde majlis besar2..hanya perbincangan 4 mata, makan kecil & doa selamat dr mereka..Syaza terima cincin belah rotan & sekeping gambar keluarga.. dr ctu Syaza kenal bakal suami...

kali pertama Syaza jumpa bakal suami pada hari raya haji ke-2..kali ke 2 pada 25 Disember 2012...tp kami x berbual..duduk pOn jarak2...(malu kate kO!!) hahahahahaha...kami bakal disatukan pada 24 Mei 2012...

Sepanjang ikatan pertungan, kami x cOntact..x berhubung..Syaza berhubung tentang urusan perkahwinan dengan adik ipar (perempuan).. sampaila hari pernikahan..;)

Alhamdulillah..kini kami sah sebagai suami isteri.. baru belajar mengenali suami.. benar.. Cinta selepas nikah ni ada rasa yang sangat lain... seronok.. apa yang kita lakukan bukan lagi dOsa, tapi berlipat ganda pahala..cerita cinta lepas nikah ni jadi rahsia Syaza... apa yang Syaza mampu ungkap...Alhamdulillah...Syukur...

Semoga Allah merahmati kami & kurniakan kami cinta sehingga ke syurga..juga zuriat sOleh sOlehah~~ aameeennnnn....