Saturday, August 22, 2009

LeMBaraN BaRU daLam HiDupKu!!!!


Terasa pantas masa berlalu....masih terkenang tarikh 15 Jun 2006...tarikh dimana aku mula mendaftarkan diri sebagai pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka...pada mulanya, terasa amat sedih kerana semua rakan- rakan berjaye memasuki IPTA...mungkin rezekiku disini...aku memulakan kayuhan sebagai seorang pelajar undang- undang...bukan mudah...ternyata..aku lebih bersyukur kerana dikurniakan para pensyarah yang berkaliber...bersama sahabat- sahabatku, kami berkongsi hidup selama 3 tahun disini...Syafinas, Azura, Syuhada,Hidayah....paling tidakkan aku lupakan, rakan ketawa n menangis bersama, Farhana, Khalidah, Rohaya, Syazwani, Farahin, Seha & Atiqah....masing2 banyak memberi sokongan,mahupun tekanan....hehehe...walaubagaimanapun, kenangan bersama kalian tidak akan aku lupakan....
Aku juga mempunyai seorang mentor yang sangat tegas...tetapi penuh dengan sifat penyayang dan kebapaan...beliau sangat mengambil berat tentang pencapaian akademik ku....penghargaan yang tidak tertanding ini aku ucapkan kepada Ustaz Rahisam Bin Ramli (Papa),kerana telah memberi pelbagai nasihat yang amat bermanfaat, semangat serta dorongan untuk aku terus bangkit mencapai cita2...tidak lupa kepada semua tenaga pengajar Diploma Undang- Undang dan Syariah sesi Jun06/09....

Pengalaman mengadakan program terbesar yang juga menelan belanja yang besar...SATU RUMAH SATU PROFESIONAL 2 yang telah menggabungkan tenaga pelajar semester 6 dan 2 DUUS...kejayaan program ini adalah kejayaan kita bersama...terima kasih kepada pihak- pihak yang telah terlibat...

Kini,aku telah bergelar seorang graduan....terima kasih kepada semua...memang benar...bukan mudah untuk menggenggam sesebuah kejayaan....kepayahan yang selama ini kuhadapi dibayar sudah...."Anugerah Naib Canselor" adalah suatu hadiah yang paling bermakna telah ku berikan kepada ayah & ibu...tidak ada yang dapat memuaskan hatiku melainkan setelah melihat air mata gembira yang jatuh dipipi mereka semasa hari konvokesyenku.....

terima kasih semua.....

3 comments: