> Sape kO??
>>aku?? aku adalah aku la!!
Sebenarnya ada di antara kita yang masih x kenal sape diri kita..kenal diri bukan dari aspek kita kenal sifat2 fizikal diri kita...tapi sebaliknya, rOh yang ada dalam jasad yang bergerak...
kadang kala kegagalan seseOrang tu mengenali diri membuatkan dia rase tak lengkap...ada yang slalu gagal dalam kerjaya, pelajaran..persahabatan, perkahwinan dan sebagainya..
Natijahnya, kita mesti kembali semula untuk menggali dan mencari siapa diri kita yang sebenar..apa yang kita perlu lakukan ialah, CUCI HATI KITA~~
ingat x??
dari mana kita datang??
siapa yang cipta kita??
kenapa kita di sini??
kenapa nasib kita begitu dan begini??
semua tu adalah janji kita..suratan untuk kita..Qada' dan Qadar kita..PerJanJian kita dengan Yang Esa..kita perlu pulang kepadaNya..cari cintaNya..cari keredhaanNya..cari keberkatanNya...InsyaAllah kita akan temui diri kita yang sebenar~~
pErkara nO.1 kte kne buat!!!!
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment