Tuesday, February 21, 2012

~~hilang permata cilik~~


Assalamualaikum...:)

Jam 10.45 pagi tadi, ILIM digemparkan dengan berita pemergian putera kecil Kak Shida... Muhammad Rezhuan bin Mohd Sirat, seOrang anak kecil yang sangat aktif, ceria & bertenaga..sering kelihatan dia bermain dengan adik beradiknya di laman kuaters ILIM..

Rezhuan pd tahun ini berumur 4 tahun telah mengalami tumOr Otak dan pernah menjalani pembedahan selama 5- 6 jam pada 6 OktOber 2011.. sejak itu, anak kecil ini ditempatkan di Wad Pediatrik 1, Menara Timur, Tingkat 5, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hampir 6 bulan anak ini menahan kesakitan... Namun Allah tetap menyayanginya...Dia pergi meninggalkan 3 adik beradik kandungnya tepat jam 10 pagi tadi...

Syahdu di segenap ruang rumah apabila jenazah kecil ini tiba... jenazah diletakkan betul2 dihadapan Syaza..tanpa perlu berdiri atau melakukan pergerakan, Syaza dengan jelas melihat sekujur tubuh kecil yang sudah dibaluti kain putih dibaringkan..apabila kain dibuka, Subhanallah... Suci anak ini...bersih muka nya..tersenyum kelihatan di wajahnya..seumpama sedang tidur nyenyak.. seOlah2 sedang bermimpi yg indah2 belaka...

hilang segala penderitaanmu hari ini...hilang segala kesakitanmu hari ini...dikau pergi dengan begitu bersih...tiada setitik dOsa pOn mengiringimu...malah malaikat berpusu2 menyambut kedatanganmu kepada PenciptaMu... Engkau akan menunggu ibu bapamu di sana... semOga kau akan terus riang di sana...

Hiba rasanya hati..apabila abg arwah bertanya kepada bOndanya, "Mak, adik pakai baju ape? same x dengan abg?"... "Mak, kenapa kepala adik sejuk?" ... air matenya mencurah... tapi mungkin tidak begitu faham... baru berumur 5 tahun.. x banyak yg dier tahu... jika dulu diperhatikan, abgnya ini terlalu rapat dgn arwah... sentiasa bersama.. bagaimana perasaannya menerima kehilangan adik tercinta... ke 3 3 beradik td ddk disamping jenazah.. sambil menyelak kain pembalut muka beberapa kali... mungkin tidak puas.. hari ini, hari terakhir mereka bersama...esOk lusa sudah tiada lagi...

semOga keluarga Kak Shida terus tabah dengan pemergian si cOmel ini... al- fatihah

Assalamualaikum...:)

* sebelum beredar, sempat Syaza berikan kucupan terakhir di dahi si kecil itu...sejuk..dingin...x seperti sebelum ni.. Syaza pernah mengucup dahinya beberapa kali semasa arwah terlantar di hOspital.. "cepat2 sihat, ye sayang!!" bisik Syaza di telinganya...tapi hari ini, Syaza hulurkan kucupan sayang buat kali terakhir untuknya...namun, tiada kata yang Syaza mampu ucap.. sudah sampai janjinya.. KepadaNya dia kembali~~~

No comments:

Post a Comment